( ulasan ini berdasarkan artikal Islam dan Falsafahnya dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria)
Sebelum Islam bertapak di Dunia Kepulauan
Melayu, sedia maklum bahawa kebudayaan serta kepercayaan masyarakat Melayu ketika
itu di pengaruhi oleh kebudayaan serta kepercayaan Hindu- Buddha. Malahan kerangka
fikiran masyarakat ketika itu juga dipengaruhi oleh unsur mitos dan khayalan di
mana tidak memberi sebarang kefahaman akan kepentingan aspek-aspek rasionalisme
dan intelektualisme. Namun kehadiran agama Islam telah membawa kepada
transformasi besar-besaran yang melibatkan perubahan falsafah kehidupan,
pemikiran dan jiwa orang-orang Melayu di Alam Melayu. Bagaimana falsafah dan Islam mudah diterima
dalam kebudayaan masyarakat Melayu walaupun asal kepercayaan masyarakat Melayu dahulu
adalah berlainan daripada landasan agama Islam?
Islam mengamalkan ajaran dan
kehidupan yang penuh toleransi dan damai. Islam yang direka oleh Barat
khususnya yang membawa kepada pandangan bahawa Islam adalah agama keganasan,
agama pemberontak malah agama yang membenci kedamaian sama sekali tidak
berasas. Hal ini kerana Islam itu sendiri bersifat pemurah dan damai. Bagaimana
kehendak Islam itu sendiri yang cintakan keamanan. Syarat-syarat berperang
mengikut Islam sudah cukup memperlihatkan bagaimana Islam itu bersifat damai
dan toleransi. Di Malaysia, toleransi ini dapat dilihat dalam penerimaan
kepelbagaian agama dalam masyarakat serta menghormati kepercayaan masyarakat
sekeliling tanpa berlakunya pertumpahan darah. Bagaimana pembinaan masjid serta
gereja boleh dibina bersebelahan tanpa mengundang permasalahan cukup mempamerkan
bahawa Islam itu bersifat damai dan toleransi khususnya perihal hal kepercayaan
masing-masing selagi tidak mengundang kepada kekeliruan masyarakat.
Toleransi ini juga dapat dilihat
dalam isu makanan halal masyarakat Islam. Sedia maklum mengetahui bahawa
khinzir merupakan bintang yang haram di makan dan disentuh oleh umat Islam. Namun,
Islam tidak mengganggu agama lain memakannya selagi agama lain menghormati
kehendak serta panduan malah sensitiviti masyarakat Islam. Isu anjing yang diletakkan
di dalam troli sebuah pasar raya awam di Malaysia baru-baru ini merupakan salah
satu isu yang sangat sensitif untuk masyarakat Islam. Namun ia berjaya
diredakan apabila pihak pasar raya tersebut telah menyucikan kesemua troli
tersebut mengikut syariat Islam bagi menghormati masyarakat Islam. Hal ini
mungkin telah diatasi dengan tenang kerana Islam itu sendiri cukup memberi
masyarakat sekelilingnya menyenangkan dan memudahkan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete