( ulasan ini berdasarkan artikal Emosi dan Sentimen Melayu Teruji Melalui Penggunaan Kiasan Melayu oleh Jamaliah Mohd. Ali dan Norazlina Haji Mohd. Kiram dalam buku Emosi Melayu)
Melayu sudah sinonim dengan bahasa-bahasa kiasan yang penuh
makna dan pengajaran. Sifat menjaga hati serta perasaan orang lain menjadi
salah satu sikap yang sebati dalam peribadi serta kebudayaan bangsa ini. Dalam
mendepani arus globalisasi, masyarakat terpaksa berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan yang paling tercabar apabila menghadapi kerenah manusia yang
pelbagai. Perasaan yang bercampur baut disebabkan sikap khilaf seorang manusia
menjadikan seseorang itu mudah melakukan kesilapan. Malahan setiap kesilapan
ini mudah dilihat oleh masyarakat persekitaran. Namun, menjadi kebiasaan sikap
masyarakat Melayu yang gemar mengambil tahun perihal orang lain cuba untuk
menasihati atau menegur kesilapan tersebut demi kebaikan dan sebaliknya. Oleh hal
demikian, teguran yang muncul dalam bentuk kiasan adalah salah satu cara
terbaik dalam membetulkan kesilapan seseorang tanpa menjatuhkan air mukanya. Hal
ini cukup memperlihatkan bahawa bangsa Melayu ini adalah bangsa yang cintakan
kedamaian.
Kiasan sebenarnya melambangkan akal budi bangsa Melayu itu
sendiri. Kegeniusan bangsa Melayu dalam memberi nasihat serta teguran tanpa
memalukan individu terbabit cukup membuktikannya. Penggunaan elemen
persekitaran yang logik serta bersesuaian mengukuhkan lagi kebijaksanaan penciptaan kiasan tersebut. Pantun
yang sedia maklum menjadi hak milik Melayu hanya terdapat dalam kalangan
masyarakat Melayu sahaja. Bagaimana penciptaannya mampu memberi inti pati kepada
masyarakat selain daripada unsur kiasan yang mampu menyengat kesilapan yang
dilakukan oleh masyarakat.
Sikap marah dan tidak sabar sebenarnya bukan sikap masyarakat
Melayu. Hal ini dapat dilihat dengan cara bagaimana orang Melayu itu menyelesaikan
sesuatu permasalahan. Daripada cara mendidik anak-anak malahan kritikan terhadap
pemerintah sekalipun diungkap melalui kiasan supaya tidak timbul unsur
kekecohan dalam kehidupan masyarakat. Malahan kini, kiasan masih releven dalam
penggunaan seharian masyarakat Melayu. Oleh
itu, menjadi kewajaran masyarakat kini dalam mengekalkan tradisi ini sebagai tradisi yang berterusan bagi
mengekalkan jati diri bangsa Melayu sehingga ke anak cucu seperti ungkap lama ‘Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.
No comments:
Post a Comment